April 18, 2018

Nak Bebel

memang
kadang-kadang hati manusia yang mulanya lembut, boleh jadi sekeras batu
sebab apa?
sebab semua benda yang dia lalui sendiri
terutama bila disalah tanggap
kenapa?
kenapa kena tanya sampai banyak kali?
lepas yang kali pertama tu dah ditolak
kenapa tanya untuk kali kedua?
lepas yang kali kedua tu dah ditolak
kenapa nak tanya untuk kali ketiga?
lepas kau dah tanya untuk kali ketiga
minta maaf untuk aku kata
kau seorang yang tak dapat hormat keputusan orang lain
aku tau kau degil
tapi kalau kau degil yang melibatkan hal peribadi aku
itu tak patut
hidup aku, aku berhak tentukan
aku putuskan untuk pergi
sebab aku dah tak mampu hadapi
kata orang, jangan fikirkan
tapi apa yang aku nak buat bila yang tak ingin difikir tu yang menjelma dalam fikiran?
mungkin bagi yang lain senang
tapi yang lalui tu; aku
yang menangis tiap kali terfikir pasal hal ni; aku
yang tak selesa tiap kali hadap muka dia sebab kerja; aku
aku yang rasa semua tu
bukan orang lain
makanya, tolonglah terima keputusan aku
walau terpaksa bagi kesengsaraan kat orang lain
aku putuskan untuk pentingkan diri
untuk sekali ini.

#donebebel
180418
1637

May 24, 2017

Let Allah do the rest

Assalamualaikum...

Coretan kedua untuk tahun ni..

Sebenarnya lebih kepada nak meluahkan..

What should I do now.
I think I did what I should, and I perhaps I got the answer.
Why I feel it's really hard now?

Sometimes, I want to say goodbye to this feeling.
But it really not easy.
It's been 3 years now (maybe more) since I fall for you.
And I don't see yours.
Should I left or wait.
Should I ask you again?
You know it's not easy to ask again.

Moga Allah beri petunjuk kepadaku. Moga Allah dorong aku untuk sentiasa pilih yang terbaik. Kau lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-Mu.

170524
1.45PM

February 20, 2017

:)

Assalamualaikum..

It's February 20 today. Tomorrow second figure of my age will change. Yeah, I know I am nearing 30s. But, well. It's just a number anyway.

Susah aih nak bajet2 speaking. Hee.

Dia...
Hari ni dia senyum kat aku ok..
Abaikan je kalau aku perasan..
Tapi..
Kenapa dia senyum..
Then aku pun sekarang ni macam tak boleh berenti senyum..
Tajuk entry ni pun :) je kan..
Nampak betapa happynya aku la ni..
Sampai ambik masa jap tulis kat sini..
Tapi takde la rasa nak terkinja-kinja melompat-lompat..
Hahahahaha..
Aku nak move on cemana nih?
Ce kabo.. Huuu..

I really really really hope I meet someone else who can accept me.

Ni memang entry yang personal je.. I treat this blog as my diary.. So, please understand if sometimes my writing is "OVERRRRR"
Hihi..


20170220
1.19PM

October 20, 2016

#1

susahnya nak move on
bila orang yang kita suka kemungkinan akan nampak depan mata
kadang kadang dia hilang
saat itu mula merasakan
aku baik baik saja walau dia tak ada
mudah saja untuk melupakan dia
tapi
saat dia tiba tiba muncul di depan mata
mata bertentang sesaat cuma
walaupun riaknya seperti tiada apa apa
malah melarikan mata tidak mahu melihat rupa
namun bibirku mengukir senyum tanpa sengaja
hati girang tidak terkata

aku perlu kuatkan hati
andai tidak mahu sendiri kemudian hari

161020
2.03pm

October 19, 2016

AC110 - (Separuh Masa) Diploma Perakaunan

Assalamualaikum

Hari ni sorang-sorang kat ofis, so ambik masa kejap menulis. Nanti officemate masuk lepas tengah hari dah tak boleh nak menulis. Aku kalau ada orang lain memang tak boleh nak menulis. Kenapa entah. Malu kot. Hahaha.

Hari tu aku ada apply untuk ambil part time diploma kat UiTM, umur dah banyak ni baru teringat nak belajar balik. Masa apply tu aku mohon kos Perakaunan and Sistem Maklumat Perakaunan. Sekali mohon boleh letak 2 pilihan kos. Dua-dua related to akaun, sebab memang dari dulu sebenarnya aku minat akaun. Lepas SPM hari tu dapat tawaran untuk buat Diploma Sistem Maklumat Perakaunan kat UiTM Arau. Tapi aku tolak, aku pilih Matrikulasi. Sebabnya tak ada kawan and kalau masuk Matrikulasi boleh jimat masa sambung Degree lepas setahun. Matrikulasi tu kos Sains Hayat tau. Pernah je ada announcement kalau siapa-siapa nak tukar ke kos akaun boleh mohon. Tak tau kenapa aku tak mohon time tu. Masa tu pendek akal and memang tak matang gila bila berfikir. Actually sampai sekarang aku teringat-ingat yang aku pernah tolak tawaran Diploma tu. Tapi aku habiskan la matrik and sambung Degree kat UPM.

Back to the subject, aku dapat tawaran untuk part time Diploma Perakaunan. Daftar 5 Nov ni. Masa dapat tau, macam-macam aku rasa. Excited, happy, takut pun ada jugak. Duit pun bukan ada sangat pun nak bayar first yuran. Alhamdulillah abah nak bayarkan dulu. TQ abah. Sayang abah ketat-ketat. Hihi.

By the time aku tulis entry ni, which is hari ni, aku tiba-tiba berdebar je bila fikir nak study balik ni. Tiba-tiba risau, boleh ke aku pikap nanti masa belajar kos ni. Ye la, basic akaun memang xde langsung. Tambah buat part time, boleh ke nak bahagikan masa betul-betul? Bila baca pengalaman orang lain dalam blog diorang, memang kena pandai bahagi masa and kena kuat semangat kalau buat part time ni, Dah la aku ni kaki Kdrama, Running Man lagi. Tu yang aku risau. Haha.

Tapi, akaun ni memang hajat aku sejak dulu lagi. Walaupun umur dah banyak sangat, boleh je kan buat Diploma? Aku harap sangat aku tak hangat-hangat tahi ayam je. InsyaAllah. Doakan aku ye.

October 7, 2016

Throwback

Assalamualaikum semua.

Lama tak bersiaran kat blog kan? Hehe. Somehow, rindu pulak nak menulis, walaupun dalam setahun tu ada 1 je entry. Hahaha. Ok tak lawak punnn..

Hari tu dalam tahun 2012 aku ada tulis entry pasal wishlist. Dalam senarai masa tu ada 6 perkara yang aku nak capai or buat dalam masa 5 tahun. By today, dah 3 wishlist yang dah aku capai. Kereta (2013), tab (2013) and pergi Koreaaaa (2016). Dalam banyak-banyak ni, dapat pergi Korea la yang paling aku happy, dream come true gitu. Memang tak sangka dapat lepas (izin) nak pergi sana, berdua je pulak tu. Semua plan sendiri, ambik pengalaman orang lain la jadi reference. Terima kasih abah, sebab bagi pergi. Masa taip ni pun tersengih-sengih, tersenyum-senyum bila ingat balik kenangan tu :)

Well, ada lagi 3 perkara yang belum dapat capai, ada masa lagi setahun. Maybe by tahun depan kot. InsyaAllah.


August 21, 2015

Feeling-feling zaman sekolah gitu

Assalamualaikum.

Apa khabar blog. Lama tak jenguk sini. Masih wujud, so kira okay la kan. Tiba-tiba rasa nak tulis something kat sini. Tapi nak tulis pasal apa? Hmm... Dah lama tak menulis, so skill nak tulis berbunga-bunga dah tumpul dah. Hakikatnya tak ada pun skill tu. Haha. Ok tak lawak pun. Hmph.

Crush. Dah lama sebenarnya nak tulis pasal ni.

I have crush on someone. And it happened over a year ago. I still have that feeling though. Perasaan macam ni selalunya rasa masa zaman sekolah dulu. Tak sangka aku face benda ni masa umur dah nak jejak 30 tahun ni.

Sukakan someone yang aku tak tau langsung pasal dia. Nama, umur, and everything for 1 year. Aku just tau mana dia kerja. Tu je. Macam mana aku boleh jatuh suka? At first, bukan suka sangat pun. Tapi sebab dia segak, aku macam tertarik kat dia. Lama-lama "tersuka". Boleh camtu?

Baru-baru ni aku jumpa FB dia. Bila add, tak ada respon. Sebulan lebih aku tunggu kalau-kalau dia accept. Tapi tak ada. Aku cancel request. Aku nak sangat tau at least jawapan dia. Kalau tak nak kenal, then say so. Tapi, memang aku tak pernah tanya pun at first place. Aku segan sebab tempat kerja dia 1 bangunan dengan aku. So hari-hari maybe boleh terserempak. Peratusan tu sangat la tinggi. Sapa tak malu kan? Sungguh, helpless la macam ni.

Now, aku dah tak tau nak tulis apa. Akan datang pun mungkin aku akan tulis lagi pasal dia. Nak sangat move on, tapi... entahlah...