December 24, 2012

December Weekend Projects

Assalamualaikum.

Happy Monday everyone! Dah nak sampai penghujung 2012 kan? Pejam celik pejam celik dah dekat setahun. Weekends of December are full with activities. Biasala. Cuti sekolah. Hehe.

First weekend takde apa-apa aktiviti sangat. Padahal aku tak ingat aku buat apa weekend hari tu. Haha.

Second weekend ---> balik kampung. My friend got married. Congratulation! She's so beautiful on that day. Happy for her.



Third weekend pulak, my bestie engagement. Wah, dah tunang da kawan aku. Hehe. Ayuni, happy for you. Moga bahagia dunia akhirat, aamiinn.. =)




Then, minggu lepas. Attend wedding seorang lagi kawan sekolah menengah. Sangat best, sebab dapat jumpe kawan-kawan lama. Alhamdulillah, walaupun lama tak jumpa, persahabatan tetap kekal. Cewah. Hehe.



Kami, dengan pengantin. Mini reunion kot. =)

Okay, sekian. Dah berjaya update blog. Hehe. Assalamualaikum.

December 17, 2012

Monday

Assalamualaikum.

Morning everyone! Today is Monday. Smile. Tapi mesti ada yang Monday blues kan? Eheh.

Yes. Monday blues. Me too, actually. Kena hadapi jugak Isnin, baru bertemu Sabtu. Kan? =)

Actually, mood pagi ni memang dah terbang sikit. Angin mana yang bawak, entah la. Pagi-pagi start moto. After bertungkus-lumus start baru hidup. Alhamdulillah.

Sampai lrt baru perasan Touch n Go takde dalam beg. Ohh, tertinggal dalam kereta Ayu. T_T. Takpe, ada lagi satu kad spare. Tapi bila dah top up, tak boleh guna jugak. Tengok-tengok kad tu da blacklisted. Sebab lama tak guna kot. Nasib baik top up 10 hengget je. Alhamdulillah. So, nak tak nak kena beli token la. Alhamdulillah, still boleh pegi kerja.

So, mungkin tu la kot sebab mood aku tak berapa ok. Tapi, kejap je. Sekarang dah ok.

keep calm, smile & forgive

Ok, assalamualaikum.

December 11, 2012

Rezeki

Assalamualaikum.

Smile, Su. Rezeki Allah dah tentukan, okey? :)

Baru hari tu buat entri pasal 'meninggalkan'. So, hari ni secara officialnya aku takkan ke mana-mana meninggalkan siapa-siapa (buat masa sekarang la...hehe).

My application for DPLI-SR j-QAF is failed. Sedih. Mungkin sebab macam dah confident je boleh dapat. Tapi takde la over confident sangat, memang dah set dalam mind, kemungkinan untuk tak dapat tu ada. Tapi tetap sedih la kan. It's ok. I can try again next time, right? Yang penting usaha. Mungkin Allah nak bagi pengalaman interview kat aku. Almaklum la, before ni mana pernah interview formal. Tu first time. Terima kasih, Allah.

So, Su. Smile. Rezeki Allah dah tentukan, okey? :)

Dapat la aku download cerita korea lagi <<< ayat sedapkan hati.. :)

December 6, 2012

Dilema

Assalamualaikum.

Rasa nak mencoret dalam blog, perihal hati sendiri yang susah nak dipenuhi, dan difahami... Perhaps? Hmmm..

Lately, aku cepat sangat terasa. Benda yang aku used buat, used terima, semua rasa tak kena. Actually, rasa macam 'mentang-mentang selama ni aku baik hati tolong buat, ko suka hati je nak order aku selalu, macam tak boleh buat sendiri'. Padahal benda tu untuk kesenangan diri die sendiri, tapi malas nak buat. Tapi bila aku pikir balik, tak salah pun tolong kawan. Kan? Tu la aku, sensitif overdosed. Tapi, perempuan biasala kan kalau sensetip. Erk.

Tu mukadimah, tapi aku rasa takde kena mengena ngan topik pun. Takpe la kan, aku punya karangan dalam blog takde cikgu BM yang nak semak. Tapi sape-sape yang baca, tolong jangan ambik dan tiru gaya penulisan ni dalam karangan korang okey. Sila guna bahasa Melayu baku, and relatekan mukadimah dengan isi. Kalau tak hancuss korang punya markah. Hehe.

I'm in dilemma now. Dilema untuk meninggalkan. Yela, kami berdua je. Hari-hari buat kerja sama-sama, makan sama-sama, rehat sama-sama, jalan-jalan lepas kerja sama-sama. Almost everything we did together.   So kalau tak rasa dilema nak meninggalkan dia memang melampau la kan? Actually I'm sad to leave her alone here. Hope I can find someone who can take over my job here, and accompany her as I always do.

Actually aku tengah berdebar tunggu jawapan interview hari tu. Result kuar Isnin 10/12/2012. And kalau dapat memang kau kena berenti la kerja sekarang ni. Sebab by 17/12 da kena masuk tempat baru. Kejap je kan masa dia bagi? Huu, nak buat camne. Kerja sekarang ok, bukan tak ok. Tapi, memandangkan aku tinggal kat KL, gaji yang tinggi amatlah diperlukan. Kalau tak, hujung bulan asyik ikat perut je la. Kalau bos naikkan gaji aku, aku stay je. Saving pun susah nak buat bulan-bulan. Kalau berterusan macam ni, bila la aku dapat beli kereta yang akan memudahkan aku untuk bergerak ke mana-mana.

So, to my office-mate, I'm sorry if I have to leave you here alone. Neomu mianhae. 

Selesai meluahkan rasa. Hehe. Anyeong. Wassalam.

P/S: Hari tu 2AM datang Malaysia nyanyi lagu Melayu, I'm so touched. 
#sayatakpegikonsertcumatengokkatyoutubesojangansalahpaham. Hee.

October 9, 2012

Wishlists

Assalamualaikum.

Hari ni rasa nak mencatat senarai wishlists. Sebagai peringatan, and motivasi. Kena dapatkan dalam jangka masa 5 tahun ni. Lama kan? Hehe. And senarai ni tak ikut turutan pun.


Own car. Tak kisah la, baru ke, second hand ke. Untuk keselesaan. Sebab saya perempuan. Bukan nak kata perempuan tak boleh naik moto. Tapi lebih mudah kalau ada kereta. Nak naik, takde la kain terselak-selak. Lagipun penat la nak start moto pagi-pagi before pegi kerja. Huhu.



Nak pergi Koreaaa... Ade sesape nak bawak? Ngeee...
Atas tu gambar kat Pulau Nami. Bawah pulak view dari namsan tower waktu malam.
Memang dah lama sangat, teringin nak pergi Korea. Ni semua pengaruh drama-drama korea. Huhu.
Kalau tak pegi masa bujang, nak pegi bila lagi kan? Len la kalo dah kahwin nanti, husband leh taja pegi sana.. Erkk... Ehehe..


Kamera. Tak kisah la jenama apa. Janji ada lens yang boleh zoom banyak kali tu. Hehe. Ni bukan la termasuk sangat pun dalam wishlist, tapi kalau dapat best jugak. Boleh tangkap gambar pemandangan banyak-banyak. Hehe.


Tab. Ni kalau boleh memang nak cepat. Tapi takde duit. Gaji pun cukup-cukup makan je. Kena latih diri untuk saving. Hehe. Ni termasuk dalam wishlist sebab senang nak tengok drama korea. Ngeeee. Hehe. Kalau tak dapat samsung pun, huawei media pad pun okay. Hihi.


Nikah. Hehe. Gataii? Saya dah 23 tahun la. Kena ready, baru dapat yang soleh. ^_^
Ni gambar sapa pun tak tau. 





Umrah & Haji. Ni memang teringin sangat. Nak ziarah tempat yang sangat suci. Nak ziarah makam Rasulullah S.A.W & Sahabat. Ni bukan last wish, tapi ni la yang paling utama. Kalau dapat pergi sana tanpa dapat 5 wish yang lain pun, sangat-sangat bersyukur dah. 

Ya Allah, beri aku kesempatan untuk ke tempat suci ini. Aaminn.

Ok. Selesai entry untuk wishlist. Dalam masa 5 tahun, insyaAllah.

NotaKaki: Sumber gambar adalah dari pakcik Google.


Seminar Baitul Muslim 2012

Assalamualaikum.

Selamat hari Selasa!! Hehe.. Hari ni saya kerja sorang-sorang lagi.. Office mate terpaksa ambil emergency leave. Moga dipermudahkan urusan dia.




Hari ni nak mencoret sikit, perkongsian pasal Seminar Baitul Muslim yang saya hadiri baru-baru ni, anjuran One Heart Creative Solution. Memang terbaik, awesome!! Walaupun sepanjang hari dari 9.00am till 10.30pm, tak terasa penatnya. Berkat majlis ilmu. Lagipun dah lama tak isi hati ngan rohani dengan input yang macam ni. Selalu tu korea je.. Erkk..

Slot 1: Ustaz Pahrol Mohd Juoi - Pengurusan Hati
Slot 2: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman - Cari Jodoh: Langkah 1,2,3
Slot 3: Hilal Asyraf - Sebelum Aku Bernikah
Slot 4: Tuan Afyan Mat Rawi - Fulus Oh Fulus
Slot 5: Sharing Moment - Imam Muda Jabbar & Isteri, Ustazah Fatimah Syarha, Dr Farhan Hadi & Tn. Shahrul Nizam. Moderator - Tn. Amin Idris
Slot 6: I Drive, U Baca Peta - Ustazah Isfadiah & Ustaz Ubaidillah. Moderator - Tn. Amin Idris

Haa... Tengok slot2 and panelis2 pun dah tau, memang best. Tu belum dengar lagi isi-isi penyampaian. Memang superb!! Nak share, tapi saya ta pandai nak buat rumusan. Yang ingat, point2 je. Hehe.

*Kalau ingin disayangi, kena beri kasih sayang dulu
*Jangan cari bahagia dalam perkahwinan, tapi bawa bahagia dalam perkahwinan
*Raikan persamaan, hargai perbezaan

Tapiii...boleh tengok kat page FB ni untuk nota-nota Seminar Baitul Muslim.. Rumusan yang ringkas & padat.. Tengok kat bahagian notes ok...

Sekian ~~=)



October 5, 2012

Sanah Helwah

Assalamualaikum.

Hari ni, 5/10/2012 - hari ulang tahun kelahiran seorang sahabat yang sangat baik.


Mate,
Selamat hari lahir,
Sayang awak dunia akhirat

^_^



Campak kat sungai

Assalamualaikum.

"Adi sakit apa?"
"Demam campak"
"Campak kat mana?"
"Kat sungai"
"....."

Anak sedara punya jawapan masa kena demam campak. Hehe.


Ni sijil cuti sakit aku sebab demam campak. Cikgu jumpa, then dia scan. Masa ni darjah 6, dekat2 UPSR. Habis sume kawan-kawan kena jangkitan. Alhamdulillah, semua sempat ambik exam. Hehe.

NotaKaki: Saja nak mengisi masa lapang, bosan takde keje.. 0_0




October 4, 2012

Akhirnya Aku Kahwin!!

Assalamualaikum.

Lunch time, so ambik kesempatan update blog. Aku kalo nak update blog kena sorang-sorang, kalo ade orang lain rasa macam kena perati. Hehe.

Tajuk macam gempak je kan? Again, it's just a title of a novel I would like to read. Dengar feedback readers, novel tu best. So masuk list to be read la. Tunggu kakak aku bawak dari umah sewa die je ni. Nak beli sendiri, kang banyak sangat pulak koleksi. So, pinjam je la.


Akhirnya Aku Kahwin by Herna Diana
sumber: Alaf21

Musim raya hari tu, ada kawan-kawan aku yang dah bergelar tunangan orang. Moga panjang jodoh, sampai ke hari akad nikah kalian, sampai Syurga. InsyaAllah. And ade jugak yang dah bergelar suami/isteri. Ade jugak yang dah bergelar ibu/ayah. Mabruk, tahniah buat kalian. Moga keluarga kalian sentiasa dalam lindungan-Nya. 

Aku kawen? Dah banyak kali dengar soalan tu. Sungguh, belum ada jawapan. Abaikan. Sampai jodoh, cukup syarat, insyaAllah. Serahkan pada Dia, Dia tahu apa yang terbaik. Persediaan? Ni, kat bawah.


Jom ramai-ramai ^_^

Sampai sini dulu, assalamualaikum.


October 1, 2012

Jujur Aku Setia

Assalamualaikum.

Hari ni kerja sorang-sorang. Office mate cuti, 2 hari pulak tu. huk huk. Tapi tak tau la kalau bos masuk tengah hari kang. Huhu. Bosannya saya. So, membizikan diri la dengan menulis blog. Kalau tak, tak berupdate la gamaknye. Hehe.

Baru-baru ni aku ade baca 1 novel ni, best jugak la. Jujur Aku Setia by Eka Fahara.



Tu la cover novel tu. Suka 1 quote dalam novel ni.

Home is where the heart is

Kenapa aku suka? Entah.. hehe

Ok. Bila baca bab setia ni, teringat pulak kenangan lama. Ewah2. Lama ok, sekarang dah lupakan dah. Kalau bercinta, memang kena setia, kalau tak camne nak kekal lama kan? Tapi kalau 1 pihak je yang setia, 1 lagi tak, tak guna jugak. Huhu. Well, cakap berdasarkan pengalaman. Huhu.

Pengalaman memang banyak mengajar, tapi kadang2 pengajaran yang kita dapat tu, buat kita takut nak melangkah ke satu fasa kehidupan yang lain. Bukan tak nak melangkah, tapi kerisauan tu lagi tinggi. Mungkin takut terkena lagi? And tak sanggup nak lalui fasa kekecewaan tu lagi sekali. Sampai terlepas peluang untuk dapat yang terbaik untuk diri sendiri. 

Hurm... aku pernah lalui tu semua. Dan memang aku terlepas seseorang yang baik untuk diri sendiri.

Ok, sampai sini dulu, assalamualaikum.

September 20, 2012

Dilema

Assalamualaikum.

Readers, camne ye nak bagitau kawan baik yang kita dah tak nak buat certain aktiviti dengan dia? Dah lama fikir, tapi bila nak bagitau, mesti terbantut. Kadang-kadang rasa macam nak nangis. Nak nangis sebab dah lama pendam, and terpaksa buat something yang kita tak suka sebab nak jaga hati kawan sendiri. Entah la, terlalu jaga hati orang lain pun susah, sebab takde sapa nak jaga hati kita. Kan? Huhu.


tired being kind-hearted person,
tired to follow the flow,
selagi tak langgar hukum Allah,
let me decide my own life.
bukan sengaja nak menyakiti, cuma nak jadi diri sendiri, happy dengan life sendiri



NotaKaki: LuahanDiPetangHari

September 11, 2012

Mistake

Assalamualaikum.

Again. A-luahan-hati-entry.

Ottoke... I had done a mistake again. And now I have to solve it. But how? IDK.
Serius, tak paham dengan diri sendiri, dalam berhati-hati pun aku buat salah lagi. Lama-lama boleh fobia tau. sebab takut salah, kena cek kerja berulan-ulang kali sampai puas hati. Rasa macam dapat penyakit was-was pun ada. Huhu.

Yeah. I know it's normal to make mistake. Tapi aku tak suka. Sebab aku dah susahkan orang. Susah kan bila jadi kind-hearted person ni. Sebab asyik pikir pasal orang lain je. Rasa macam nak berenti kerja sebab tak nak buat salah yang boleh menyusahkan orang dah. Boleh? Huhu.


Ok, now I'm facing the worst mistake.

AdaMu

Assalamualaikum.

Love this song already.


Najwa Latiff - AdaMu


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna Kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesaranNya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
NotaKaki: Feeling down right now... =(

September 5, 2012

Better Late Than Never

Assalamualaikum.


Err, belum lambat lagi kan?
Still Syawal kan? 
So, I would like to wish sisters & brothers
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Wassalam

NotaKaki: Apesal aku rajen sangat update blog neh? Musykil2. *smile*




Once Upon a Time

Assalamualaikum.



Wahh. Macam nak menyampaikan hikayat la pulak. Eheh. This is a piece of my memory of my teenage life. Sekarang pun teen lagi... kot. Hehe. Satu masa dulu, my life is almost perfect. Hidup dalam suasana Ad-Din (bukan Didi k) yang best sangat. Walaupun semua tu aku buat sebab da scheduled. 

Isnin - Khamis: Bangun subuh-solat jemaah-sekolah-balik-solat zohor-prep-solat asar-solat maghrib-kuliah-solat isyak-prep-tidur.


Jumaat: Bangun subuh-solat jemaah-sekolah-balik-kuliah-solat zohor-prep-solat asar-solat maghrib-kuliah-solat isyak-prep-tidur.


Sabtu: Bangun subuh-solat jemaah-kuliah-prep-solat zohor-jadual sendiri-solat asar-solat maghrib-kuliah-solat isyak-jadual sendiri. 


Ahad: Bangun subuh-solat jemaah-kuliah-gotongroyong-solat zohor-jadual sendiri-solat asar-solat maghrib-kuliah-solat isyak-jadual sendiri. 

Camtu la lebih kurang daily schedule aku dulu. Sekali tengok pun you can tell this is sekolah asrama punya jadual kan? Hehe. Anyway, tu dulu. Sekarang? Bangun entah ke mana, tidur entah ke mana. Serius, aku rindu dengan jadual lama. Suasana tu yang buat aku tenang kalau tengah gelisah. Sebab rasa dekat dengan Allah. Sekarang pun boleh actually, tapi tak sama. kalau sekarang nak buat, ada je halangan. Iblis tu ade je kat mana-mana kan? Huhu. 

How I wish nak jadi macam dulu balik. Pakai tudung labuh. Rasa selamat je. Tapi aku tak kuat. Sedih dengan diri sendiri sebenarnya. Bila tengok kawan-kawan yang dulu lagi teruk, berubah jadi lebik baik dari diri sendiri. Serius, jelous. Sungguh la, hidayah tu milik Allah. So, bila dah dapat, pegang betul-betul. And now, I want to be like before. Slowly, insyaAllah. I can do it, right?

So, this is the end of my-luahan-hati-entry. Apakah?? Well, I'm a good writer though. See you soon. Wassalam.

NotaKaki: Maafla-cara-penulisan-ntah-hape-hape-isi-pun-tunggang-terbalik.

Dengan Nama Allah - The Very First

Assalamualaikum.



Alhamdulillah, masih diberi nikmat hidup oleh-Nya. And, yes. This is newest blog from me. Asyik buat blog lain je kan? Tak consistent la budak sorang ni. *eheh*

Well, ni blog lain. Blog tu pasal biz je banyak. Blog ni? Hurm... pasal life journeys insyaAllah. About my life, and whatever I want to share about me. Perhaps, for me to make a-luahan-hati-entry too? Who knows. Since this blog wouldn't be published. For now (or forever).

I'm human too. Sometimes ada benda yang senang nak share dengan people, best friend, etc. And sometimes feel want to share that something dengan strangers. Mungkin sebab strangers tak kenal who I am, and will give opinion without judging me. Perhaps. So, that's why this blog exist. And mungkin akan diupdate once a week, once a month, or once a year? Huh. Biar betik!! Well, that's me. Sebab tu la blog asyik baru je kot. Erkk.




So, for those yang read my very first entry here, WELCOME. Maybe we can be friends, right? And don't forget to drop by next time too, even I know my blog will be sooooo boring for you guys. Eheh.


Don't forget Him, even once.


Sekian, wassalam.