January 25, 2013

Pintu Hati ~~

Assalamualaikum.

Random post today.

About Huda n E-Key. I felt they are really got attached to myself. Meet like cat-dog. Moving on together as friend, and end up like that. Really hope that I can find my E-Key too. Haha. Nampak sangat macam lonely2 kan? Yeah, they got their happiness after suffered so much in life. True. There's something good behind everything happened. I'm waiting mine. Just finished reading Ketuk Pintu Hati Dia by Ana Farhana. Ada tak sapa2 nak ketuk pintu hati aku? Haha.


January 22, 2013

Balik Kampung ~~

Assalamualaikum.

Yesterday I submitted my leave application for Friday. So I can get 5-day straight holiday. I want to balik kampung, miss my parents so much. Today my boss look at it and said,

"Su, you are going to take 1 week holiday?"

I just smile. Only 5 days laa. Haha.
Already know him. He and his sarcastic style. =)

January 8, 2013

I'm 23 going to 24

Assalamualaikum

6/1/2013

Petang Ahad. Aku just duduk rumah tengok cerita Korea. Nak keluar, malas. So, just duduk kat rumah je la. Tiba-tiba aku dengar muzik Kiss the Rain by Yiruma. Handphone aku. Aku tengok skrin. Dia. Dia yang call. Tangan dah terketar-ketar. Jantung dah dup dap dup dap.

"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam"
"Kenal ke sape ni?"
Aku senyum. "Kenal"
"Sape"
"Ye En. S, nape ye? Terkejut pulak"
"Terkejut? Kenapa pulak?"
"Sebab suddenly"
"Ohh.. Erm.. nak tanya, Thuwaibah dah ade takaful dah?"

The rest is...you know what, I guess.



He is my past, which I deliberately made ​​the distance between us. And now, he is the one I secretly admirer. Who he is, I'll just keep it myself. I have Him, and I believe He will guide me to my other half. ^_^

PS: Random post. Busan. Entri menjelang umur 24 tahun. Muda lagi kan. =)

January 4, 2013

Hati - hati

Assalamualaikum.
Salam Jumaat.

3/1/2013. Something happened, not too good in the beginning of 2013. Haish.

Tengah duk seronok-seronok sembang dengan officemate sambil tunggu bas, suddenly her tab got snatched!! Aku yang terkejut, cuma sempat bangun and jerit "Hey!" je kat orang tu. Nak kejar, aku pakai baju kurung. Aku pun tak mampu nak lari laju. Kang ada yang terkoyak kain. Tambah pulak ada kawan dia dah standby tunggu dengan moto. Orang lain pun tak mampu nak buat apa-apa. Tapi aku rasa ralat sangat tak dapat nak buat apa-apa. Fine, memang dia tunggu masa orang tak ramai kat situ. Muka pun memang muka pecah rumah. Eii, geram geram.

Aku sempat tengok muka dia. Dia datang senyap-senyap berdiri sebelah Kak Ayu. Aku dah terdetik,
"apahal mamat ni berdiri kat situ? kerusi kosong je lagi.."
 Tapi kejap je aku terpikir camtu, lepas tu aku sembang-sembang lagi dengan Kak Ayu. Suddenly....

Aku terkejut, Kak Ayu mesti la lagi terkejut. Aku dah sampai takut sekarang kalau nak jalan sorang-sorang. Meragut ketenteraman betul la. Memang da trauma sekarang ni. Rasa nak je doa mintak-mintak dia kena langgar. Huhu.

So, things happened to me and her. Kat luar pun mesti ramai jugak yang dah kena. Please, be careful. Beg pegang kuat-kuat. Tab/handphone/purse jangan duk pegang kat tangan sambil jalan-jalan. Bahaya sangat. Sama-sama la kita jaga diri sendiri, okey!

Ni yang rasa nak kena kawin cepat ni, at least ada orang boleh hantar & ambik depan ofis. Selamat sikit. Erk. K bai.