October 20, 2016

#1

susahnya nak move on
bila orang yang kita suka kemungkinan akan nampak depan mata
kadang kadang dia hilang
saat itu mula merasakan
aku baik baik saja walau dia tak ada
mudah saja untuk melupakan dia
tapi
saat dia tiba tiba muncul di depan mata
mata bertentang sesaat cuma
walaupun riaknya seperti tiada apa apa
malah melarikan mata tidak mahu melihat rupa
namun bibirku mengukir senyum tanpa sengaja
hati girang tidak terkata

aku perlu kuatkan hati
andai tidak mahu sendiri kemudian hari

161020
2.03pm

October 19, 2016

AC110 - (Separuh Masa) Diploma Perakaunan

Assalamualaikum

Hari ni sorang-sorang kat ofis, so ambik masa kejap menulis. Nanti officemate masuk lepas tengah hari dah tak boleh nak menulis. Aku kalau ada orang lain memang tak boleh nak menulis. Kenapa entah. Malu kot. Hahaha.

Hari tu aku ada apply untuk ambil part time diploma kat UiTM, umur dah banyak ni baru teringat nak belajar balik. Masa apply tu aku mohon kos Perakaunan and Sistem Maklumat Perakaunan. Sekali mohon boleh letak 2 pilihan kos. Dua-dua related to akaun, sebab memang dari dulu sebenarnya aku minat akaun. Lepas SPM hari tu dapat tawaran untuk buat Diploma Sistem Maklumat Perakaunan kat UiTM Arau. Tapi aku tolak, aku pilih Matrikulasi. Sebabnya tak ada kawan and kalau masuk Matrikulasi boleh jimat masa sambung Degree lepas setahun. Matrikulasi tu kos Sains Hayat tau. Pernah je ada announcement kalau siapa-siapa nak tukar ke kos akaun boleh mohon. Tak tau kenapa aku tak mohon time tu. Masa tu pendek akal and memang tak matang gila bila berfikir. Actually sampai sekarang aku teringat-ingat yang aku pernah tolak tawaran Diploma tu. Tapi aku habiskan la matrik and sambung Degree kat UPM.

Back to the subject, aku dapat tawaran untuk part time Diploma Perakaunan. Daftar 5 Nov ni. Masa dapat tau, macam-macam aku rasa. Excited, happy, takut pun ada jugak. Duit pun bukan ada sangat pun nak bayar first yuran. Alhamdulillah abah nak bayarkan dulu. TQ abah. Sayang abah ketat-ketat. Hihi.

By the time aku tulis entry ni, which is hari ni, aku tiba-tiba berdebar je bila fikir nak study balik ni. Tiba-tiba risau, boleh ke aku pikap nanti masa belajar kos ni. Ye la, basic akaun memang xde langsung. Tambah buat part time, boleh ke nak bahagikan masa betul-betul? Bila baca pengalaman orang lain dalam blog diorang, memang kena pandai bahagi masa and kena kuat semangat kalau buat part time ni, Dah la aku ni kaki Kdrama, Running Man lagi. Tu yang aku risau. Haha.

Tapi, akaun ni memang hajat aku sejak dulu lagi. Walaupun umur dah banyak sangat, boleh je kan buat Diploma? Aku harap sangat aku tak hangat-hangat tahi ayam je. InsyaAllah. Doakan aku ye.

October 7, 2016

Throwback

Assalamualaikum semua.

Lama tak bersiaran kat blog kan? Hehe. Somehow, rindu pulak nak menulis, walaupun dalam setahun tu ada 1 je entry. Hahaha. Ok tak lawak punnn..

Hari tu dalam tahun 2012 aku ada tulis entry pasal wishlist. Dalam senarai masa tu ada 6 perkara yang aku nak capai or buat dalam masa 5 tahun. By today, dah 3 wishlist yang dah aku capai. Kereta (2013), tab (2013) and pergi Koreaaaa (2016). Dalam banyak-banyak ni, dapat pergi Korea la yang paling aku happy, dream come true gitu. Memang tak sangka dapat lepas (izin) nak pergi sana, berdua je pulak tu. Semua plan sendiri, ambik pengalaman orang lain la jadi reference. Terima kasih abah, sebab bagi pergi. Masa taip ni pun tersengih-sengih, tersenyum-senyum bila ingat balik kenangan tu :)

Well, ada lagi 3 perkara yang belum dapat capai, ada masa lagi setahun. Maybe by tahun depan kot. InsyaAllah.