October 19, 2016

AC110 - (Separuh Masa) Diploma Perakaunan

Assalamualaikum

Hari ni sorang-sorang kat ofis, so ambik masa kejap menulis. Nanti officemate masuk lepas tengah hari dah tak boleh nak menulis. Aku kalau ada orang lain memang tak boleh nak menulis. Kenapa entah. Malu kot. Hahaha.

Hari tu aku ada apply untuk ambil part time diploma kat UiTM, umur dah banyak ni baru teringat nak belajar balik. Masa apply tu aku mohon kos Perakaunan and Sistem Maklumat Perakaunan. Sekali mohon boleh letak 2 pilihan kos. Dua-dua related to akaun, sebab memang dari dulu sebenarnya aku minat akaun. Lepas SPM hari tu dapat tawaran untuk buat Diploma Sistem Maklumat Perakaunan kat UiTM Arau. Tapi aku tolak, aku pilih Matrikulasi. Sebabnya tak ada kawan and kalau masuk Matrikulasi boleh jimat masa sambung Degree lepas setahun. Matrikulasi tu kos Sains Hayat tau. Pernah je ada announcement kalau siapa-siapa nak tukar ke kos akaun boleh mohon. Tak tau kenapa aku tak mohon time tu. Masa tu pendek akal and memang tak matang gila bila berfikir. Actually sampai sekarang aku teringat-ingat yang aku pernah tolak tawaran Diploma tu. Tapi aku habiskan la matrik and sambung Degree kat UPM.

Back to the subject, aku dapat tawaran untuk part time Diploma Perakaunan. Daftar 5 Nov ni. Masa dapat tau, macam-macam aku rasa. Excited, happy, takut pun ada jugak. Duit pun bukan ada sangat pun nak bayar first yuran. Alhamdulillah abah nak bayarkan dulu. TQ abah. Sayang abah ketat-ketat. Hihi.

By the time aku tulis entry ni, which is hari ni, aku tiba-tiba berdebar je bila fikir nak study balik ni. Tiba-tiba risau, boleh ke aku pikap nanti masa belajar kos ni. Ye la, basic akaun memang xde langsung. Tambah buat part time, boleh ke nak bahagikan masa betul-betul? Bila baca pengalaman orang lain dalam blog diorang, memang kena pandai bahagi masa and kena kuat semangat kalau buat part time ni, Dah la aku ni kaki Kdrama, Running Man lagi. Tu yang aku risau. Haha.

Tapi, akaun ni memang hajat aku sejak dulu lagi. Walaupun umur dah banyak sangat, boleh je kan buat Diploma? Aku harap sangat aku tak hangat-hangat tahi ayam je. InsyaAllah. Doakan aku ye.

No comments:

Post a Comment