January 4, 2013

Hati - hati

Assalamualaikum.
Salam Jumaat.

3/1/2013. Something happened, not too good in the beginning of 2013. Haish.

Tengah duk seronok-seronok sembang dengan officemate sambil tunggu bas, suddenly her tab got snatched!! Aku yang terkejut, cuma sempat bangun and jerit "Hey!" je kat orang tu. Nak kejar, aku pakai baju kurung. Aku pun tak mampu nak lari laju. Kang ada yang terkoyak kain. Tambah pulak ada kawan dia dah standby tunggu dengan moto. Orang lain pun tak mampu nak buat apa-apa. Tapi aku rasa ralat sangat tak dapat nak buat apa-apa. Fine, memang dia tunggu masa orang tak ramai kat situ. Muka pun memang muka pecah rumah. Eii, geram geram.

Aku sempat tengok muka dia. Dia datang senyap-senyap berdiri sebelah Kak Ayu. Aku dah terdetik,
"apahal mamat ni berdiri kat situ? kerusi kosong je lagi.."
 Tapi kejap je aku terpikir camtu, lepas tu aku sembang-sembang lagi dengan Kak Ayu. Suddenly....

Aku terkejut, Kak Ayu mesti la lagi terkejut. Aku dah sampai takut sekarang kalau nak jalan sorang-sorang. Meragut ketenteraman betul la. Memang da trauma sekarang ni. Rasa nak je doa mintak-mintak dia kena langgar. Huhu.

So, things happened to me and her. Kat luar pun mesti ramai jugak yang dah kena. Please, be careful. Beg pegang kuat-kuat. Tab/handphone/purse jangan duk pegang kat tangan sambil jalan-jalan. Bahaya sangat. Sama-sama la kita jaga diri sendiri, okey!

Ni yang rasa nak kena kawin cepat ni, at least ada orang boleh hantar & ambik depan ofis. Selamat sikit. Erk. K bai.


1 comment:

  1. Blergh! Kalau dapat la, memang sumbat dia dengan Durian Crepe!

    ReplyDelete